Persiapan Latihan Industri

Assalamualaikum ...

Saya ingin berkongsi kepada anda semua tentang persiapan latihan industri yang bakal anda hadapi pada semestar hadapan. Latihan industri ini merupakan pembelajaran seperti di universiti tetapi berkonsepkan pekerjaan kerana latihan industri ini semestinya bertempatkan di syarikat atau tempat-tempat yang menyediakan latihan industri kepada para pelajar diploma dan ijazah.



Antara persiapan latihan industri adalah :

1- Memilih atau mencari tempat latihan industri lebih awal kerana tempat untuk melakukan latihan industri amat terhad kerana bukan semua syarikat menyediakan tempat untuk melakukan latihan industri.

2- Kenalpasti tempat yang bakal anda membuat latihan industri tersebut supaya anda mudah untuk mencari rumah sewa dan kenderaan awam jika tiada kenderaan sendiri. Selain itu dapat mengelakkan anda sesat atau lewat pada hari pertama pendaftaran latihan industri di syarikat itu.

3- Sediakan segala dokument yang perlu semasa lapor diri selengkapnya kerana semasa lapor diri anda akan berjumpa dengan pengurus dan anda akan mulakan latihan industri selepas lapor diri. Jadi anda haruslah bawa semua dokument lapor diri anda antaranya :

- Surat tawaran.
-Buku laporan LI (buku log).
- Dokument yang disediakan oleh pihak industri anda masing-masing.

4- Anda haruslah lengkapkan borang pengesahan diri kerana wajib hantar kalau tidak anda boleh di gagalkan kerana gagal menghadirkan diri di tempat latihan industri anda. Tempohnya adalah seminggu selepas anda lapor diri di tempat latihan industri anda.

5- Jangan lupa untuk isi buku laporan (buku log LI) anda setiap hari .

6- Pemakaian anda haruslah mengikut peraturan atau ISO syarikat. Pakaian yang sesuai seperti lelaki hendaklah pakai kemeja atau t-shirt berkolar mengikut situasi tertentu. Bagi perempuan haruslah memakai baju kurung atau baju yang berlengan panjang dan seluar panjang.


Diatas sudah ternyata beberapa perkara yang anda perlu persiapkan sebelum dan semasa anda pergi melakukan latihan industri anda. Pastikan segala persiapan mental dan fzikal dalam keadaan yang baik supaya anda dapat melakukan kerja dengan pantas dan bagus.

0 Response to "Persiapan Latihan Industri"

Post a Comment