Etika Ketika Latihan Industri

Assalamualaikum...

Saya ingin berkongsi kepada anda beberapa etika ketika latihan industri. Latihan industri ini merupakan salah satu pembelajaran tetapi dalam organisasi pekerjaan. Para pelajar wajib menjalani latihan industri untuk memastikan mereka graduate dengan cemerlang.

Etika ketika latihan industri :

- Memakai pakaian dengan kemas mengikut peraturan tempat industri. Kebiasaan mereka akan mewajibkan berpakaian formal contohnya :


- Datang awal ke tempat latihan industri anda. Maksudnya anda kena datang awal sebelum waktu masuk kerja atau anda datang tepat pada masa masuk kerja. Jangan lambat kerana anda boleh menjejaskan keputusan latihan industri.

- Jika anda mahu cuti anda haruslah berikan slip mc yang original kepada pengurus anda dan anda tidak boleh cuti sesuka hati atau sengaja cuti tanpa sebab.

contoh surat/slip cuti ( mc )


- Anda haruslah proaktif maksudnya bila anda tiada kerja anda harus bertanyakan apa yang anda patut lakukan supaya anda dapat pengalaman dan ilmu. Selain itu, jika anda tidak tahu anda hendaklah rajin bertanya.

bertanya jika tidak tahu.


- Jaga tingkah laku dan perangai kerana hal ini sangat sensetif apabila dalam keadaan yang tertekan. Membolehkan orang tidak suka dan marah kepada kita jika kita bising dan mengganggu mereka. Jika bergurau haruslah berpada-pada jangan anda menyentuh isu yang sensetif.

- Siapkan kerja dengan cepat dan mengikut apa yang disuruh. Elakkan daripada kesalahan dan kerosakkan.

- Elakkan daripda membuat kerja peribadi anda contohnya membuka akaun facebook anda, bermain telefon bimbit dan sebagainya pada waktu pekerjaan. Anda juka dilarang membuka video atau youtube ketika kerja.




Oleh itu anda dikehendaki menjaga etika semasa anda menjalani latihan industri ,jika tidak markah latihan industri anda boleh terjejas kerana tidak menjaga etika anda. Selamat menjalani latihan indutri ye 😁






0 Response to "Etika Ketika Latihan Industri"

Post a Comment